Our Gallery

Contact Info

OUR ADDRESS:

No CR-21, Kubica Square Complex, Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor.

OUR MAILBOX:

imrhomes22@gmail.com

OUR PHONE:

+018-2434811

[ Perkhidmatan Kami ]

Bina Rumah Banglo Secara Reka dan Bina Atas Tanah Sendiri

Proses Reka dan Bina

  • 01
    Keperluan Pelanggan bina secara Tunai atau Pinjaman LPPSA
  • 02
    Proses Rekabentuk Rumah
  • 03
    Proses Bina Rumah
IMR HOMES sentiasa mendengar keperluan pelanggan. IMR HOMES akan mendapatkan maklumat dan keperluan dari pelanggan, seterusnya kami aturkan perjumpaan dengan pelanggan untuk kami berikan khidmat konsultansi proses, rekabentuk, teknikal dan spesifikasi. Bagi yang ingin bina secara kemukaan kepada PBT, kami akan berikan khidmat konsultansi proses yang berkaitan. Untuk yang ingin bina dengan Pinjaman LPPSA, kami akan berikan khidmat konsultansi yang berkaitan.
IMR Homes akan memberikan Idea rekabentuk rumah mengikut Keperluan, Citarasa, Saiz dan geografi tanah serta bajet pelanggan. Rekabentuk untuk bina secara Tunai lebih mudah berbanding secara bina secara Pinjaman LPPSA. Rekabentuk secara Tunai boleh dilakukan terus mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan. Manakala rekabentuk untuk Pinjaman, selain memenuhi kehendak pelanggan, wajib juga memenuhi keperluan syarat PBT.
Kehendak dan Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan IMR Homes. 3 perkara utama dalam pembinaan rumah adalah Spesifikasi, Harga dan Kaedah Pembayaran. Kesemuanya diikat oleh suatu Perjanjian yang dimeterai oleh pihak guaman. IMR Homes akan mengemukakan 3 perkara tersebut sebelum pembinaan dijalankan di tapak. Pembinaan rumah dalam tempoh masa ditetapkan berpandukan spesifikasi dan harga yang dipersetujui.
[ Perkhidmatan Kami ]

Pengubahsuaian Rumah

IMR Homes mempelbagaikan bisnes yang berteraskan pembinaan rumah. Pengubahsuaian rumah meliputi merobohkan struktur sedia ada, penambahan struktur dan mengubahsuai rekabentuk rumah. IMR Homes memberikan Idea dan Konsultansi bersesuaian dengan keperluan, citarasa dan bajet pelanggan.

[ Perkhidmatan Kami ]

Usahasama Pemajuan Tanah untuk Pembinaan Rumah

Pemaju Tanah Lot

IMR Homes mengalukan pemaju hartanah tanah lot yang mengahadapi masalah menjual tanah untuk berkolaborasi dengan kami untuk memajukan tanah dengan membina rumah.

Tuan Tanah Lot

IMR Homes juga mengalukan tuan tanah lot yang mengahadapi masalah tanah terbiar atau sukar menjual tanah untuk berkolaborasi dengan kami untuk memajukan tanah dengan membina rumah.